5 April 2012

RMWD " Sejenak Bersama Selama Terasa" (Felda Pasoh 4 , Jelebu)


Program ini merupakan anjuran Rakan Muda Wawasan Desa, Sekretariat Rakan Muda, Universiti Utara Malaysia (SRMUUM). Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan merupakan pilihan destinasi yang dipilih sebagai tempat penganjuran program. Program ini merupakan salah sebuah program yang bertujuan mengeratkan hubungan mahasiswa/i UUM dengan masyarakat luar khususnya masyarakat desa melalui kaedah keluarga angkat yang bakal dilaksanakan. Program ini juga dijalankan selama 6 hari bagi mahasiswa/i dan penduduk felda tersebut dapat berkongsi ilmu, saling berinteraksi antara satu sama lain dan membentuk nilai – nilai yang positif sepanjang program berlangsung. Program-program yang dijalankan juga bertujuan untuk meninggalkan kesan murni dalam diri peserta dan juga warga desa felda terbabit.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...