27 April 2012

Rakan Muda Exploration Youth Camp


Program Rakan Muda Exploration Youth Camp merupakan salah satu program dibawah Rakan Kecergasan Sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia. Program ini akan diadakan di Teluk Segadas Adventure Camp, Pangkor, Perak. Peserta bagi program ini adalah mahasiswa/i dari Universiti Utara Malaysia 

BUTIRAN DAN PERLAKSANAAN PROGRAM 

Tarikh : 6-9 April 2012 
Tempat : Teluk Segadas Adventure Camp, 57, Teluk Kecil, 32300, Pangkor, Perak. 
Penyertaan : 31 orang mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia




KANDID PROGRAM



9 April 2012

Rakan Muda Tree Climbers UUM 2012


Program Tree Climbers In UUM 2012 ini merupakan salah satu program yang dianjurkan di bawah Rakan Muda Inovasi Sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama pihak Tree Climbers Malaysia. program ini memdapat sambutan hangat daripada mahasiswa/i UUM...



7 April 2012

Kejohanan Tenpin Bowling SRM UUM 2012


Program ini di anjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda UUM (SRMUUM). Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan sesama ahli-ahli (SRMUUM) sesi 2012. Hubungan silaturahim ini juga dikongsi bersama dengan mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lain. Program ini dijalankan selama 1 hari bertempat di Jitra Mall, Jitra, Kedah. Kekuatan peserta adalah seramai 40 orang termasuk ahli-ahli Sekretariat Rakan Muda UUM (SRMUUM) sesi 2012. Program ini juga akan dapat mencungkil bakat terpendam mahasiawa/i dalam bidang tenpin boling. Slogan bagi program ini adalah “ TIADA ALASAN “. 

MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 16 Mac 2012 
Hari : Jumaat 
 Tempat : Jitra Mall, Jitra, Kedah 


5 April 2012

Prinsip Pendekatan Rakan Muda & 8 Gaya Hidup


Rakan Muda mengekalkan 8 Gaya Hidup daripada 9 Gaya Hidup dengan diberi nafas baru berdasarkan Falsafah yang dinyatakan di atas. 8 Gaya Hidup tersebut adalah :- 


RAKAN WAJADIRI 
Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.



RAKAN JIRAN MUDA
Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan. 



RAKAN CINTA ALAM 
Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.




RAKAN WIRAUSAHA 
Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global. 




RAKAN KECERGASAN 
(Termasuk Sukan Dan Rekreasi) 3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin. 





RAKAN SENI BUDAYA 
Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.


RAKAN INOVASI 
Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih, moden dan mapu berdaya saing di peringkat global.


RAKAN REMAJA SIBER 
Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai sat platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua kompleks Rakan Muda 




PROGRAM BARU Di samping itu 3 program baru diperkenalkan bagi memperluaskan lagi skop Program Rakan Muda. Program berkenaan ialah :- 

RAKAN MUDA SUKARELAWAN
Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bersama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi didalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Aktiviti yang dijalankan akan memberi pendedahan terhadap inisiatif diri dan sentiasa peka dan berkhidmat pada dan bila-bila masa mereka diperlukan dimana sahaja.



RAKAN WAWASAN DESA
Kepimpinan, Kesedaran dan Kerjasama antara masyarakat bandar dan desa adalah aspek bagi pembangunan peribadi remaja keseluruhannya. Program ini membantu remaja dalam dan luar bandar membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Spiritual, Mental dan fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin,dinamik dan penyayang serta akan menjadi contoh yang baik bagi generasi akan datang 


RAKAN JIRAN MUDA
Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan. 





ANUGERAH REMAJA PERDANA 
Pelajar akan dapat menyertai aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah menerusi Kelab sedia ada di peringkat sekolah serta diiktiraf penglibatan mereka melalui skim pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Piawaian skim ARPRM adalah diiktiraf oleh piawaian antarabangsa “ The International Award For Young People” yang beribu pejabat di United Kingdom untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

RMWD " Sejenak Bersama Selama Terasa" (Felda Pasoh 4 , Jelebu)


Program ini merupakan anjuran Rakan Muda Wawasan Desa, Sekretariat Rakan Muda, Universiti Utara Malaysia (SRMUUM). Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan merupakan pilihan destinasi yang dipilih sebagai tempat penganjuran program. Program ini merupakan salah sebuah program yang bertujuan mengeratkan hubungan mahasiswa/i UUM dengan masyarakat luar khususnya masyarakat desa melalui kaedah keluarga angkat yang bakal dilaksanakan. Program ini juga dijalankan selama 6 hari bagi mahasiswa/i dan penduduk felda tersebut dapat berkongsi ilmu, saling berinteraksi antara satu sama lain dan membentuk nilai – nilai yang positif sepanjang program berlangsung. Program-program yang dijalankan juga bertujuan untuk meninggalkan kesan murni dalam diri peserta dan juga warga desa felda terbabit.


Kandid RMWD "Menyemai Kasih Desa Selatan"















Bengkel Adobe Flash


Program ini adalah anjuran Sekretariat Rakan Muda UUM (SRMUUM). Peserta bagi program ini adalah mahasiswa/i dari Universiti Utara Malaysia seramai 60 orang. Ia bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa/i tentang pengajian multimedia. Sepanjang program ini dilaksanakan, peserta akan melalui empat sesi iaitu sesi pertama,cara-cara untuk membuat storyboard,sesi kedua untuk melaksanakan projek, dan sesi ketiga untuk publish projek,manakala sesi terakhir ialah praktis. Ini adalah untuk mengetahui tahap kecekapan peserta dalam mempelajari software ini .

Matlamat projek ini adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan mahasiswa/i mengenai pengajian multimedia terutama untuk mahasiswa/i multimedia untuk mengadaptasikan dalam pembelajaran mereka.Selain itu, program ini juga untuk memupuk semangat dan menjadikan peserta sebagai seorang yang intelek dalam menggunakan IT. 

 Butiran Program :

 Tarikh perlaksanaan : 23 Mac 2012
 Hari : Jumaat Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang.
 Tempat : Makmal MMTC 2
 Penyertaan : 60 orang mahasiswa/i UUM

Program SRM UUM Akan Datang

PROGRAM : EXPLORATION YOUTH CAMP
TARIKH : 6 - 9 APRIL 2012
LOKASI : TELUK SEGADAS ADVENTURE CAMP , PANGKOR
RAKAN : RAKAN MUDA KECERGASAN


PROGRAM : RAKAN MUDA OPS YONG YAP
TARIKH : 7 APRIL 2012
LOKASI : GUNUNG YONG YAP
RAKAN : -


PROGRAM : RAKAN MUDA KEMBARA MAT CINCANG
TARIKH : 19 APRIL 2012
LOKASI : GUNUNG MAT CINCANG
RAKAN : -


PROGRAM : X-PLORACE ICT RAKAN MUDA UUM 2012
TARIKH : 20 APRIL 2012
LOKASI : SELURUH UUM
RAKAN : RAKAN MUDA SIBER


PROGRAM : BENGKEL FORMAT LAPTOP
TARIKH : 27 APRIL 2012
LOKASI : DKG 3/4
RAKAN : RAKAN MUDA SIBER


PROGRAM : RAKAN MUDA DESAKU WARISANKU
TARIKH : 5 MEI 2012
HARI : SABTU
LOKASI : KAMPUNG SEBERANG RAMAI,KUALA PERLIS,PERLIS INDERA KAYANGAN
RAKAN : RAKAN MUDA WAWASAN DESA


PROGRAM : RAKAN MUDA WAWASAN DESA IPT " SIMPULAN KASIH PANTAI TIMUR"
TARIKH : 22 JUN 2012
LOKASI : BACHOK
RAKAN : RAKAN MUDA WAWASAN DESA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...