5 April 2012

Bengkel Adobe Flash


Program ini adalah anjuran Sekretariat Rakan Muda UUM (SRMUUM). Peserta bagi program ini adalah mahasiswa/i dari Universiti Utara Malaysia seramai 60 orang. Ia bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa/i tentang pengajian multimedia. Sepanjang program ini dilaksanakan, peserta akan melalui empat sesi iaitu sesi pertama,cara-cara untuk membuat storyboard,sesi kedua untuk melaksanakan projek, dan sesi ketiga untuk publish projek,manakala sesi terakhir ialah praktis. Ini adalah untuk mengetahui tahap kecekapan peserta dalam mempelajari software ini .

Matlamat projek ini adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan mahasiswa/i mengenai pengajian multimedia terutama untuk mahasiswa/i multimedia untuk mengadaptasikan dalam pembelajaran mereka.Selain itu, program ini juga untuk memupuk semangat dan menjadikan peserta sebagai seorang yang intelek dalam menggunakan IT. 

 Butiran Program :

 Tarikh perlaksanaan : 23 Mac 2012
 Hari : Jumaat Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang.
 Tempat : Makmal MMTC 2
 Penyertaan : 60 orang mahasiswa/i UUM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...