24 Oktober 2009

WANG BURMA CAVING CHALLENGE

Taman negeri Perlis yang indah dan permai Peserta yang terlibat Persiapan pasang khemah Indahnya ciptaan Ilahi cabaran dalam gua.. hati-hati nanti tersepit
Kawasan gua basah Merangkak elok-elok, nanti terhantuk kat tingkat atas..
Syoknya dapat mandi air terjun
Aktiviti Unggun Api
WANG BURMA CAVING CHALLENGE merupakan satu program yang diadakan pada 16-17 oktober lalu bertembat di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Perlis Program ini merupakan satu Program usahasama Rakan Cinta Alam dan Kelas Pengurusan Kerjaya UUM COLGIS. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan semasa projek ini dijalankan seperti "games tali", "War games", BBQ, menggua, mandi air terjun dan termasuk aktiviti yang tidak dirancang iaitu lawatan ke Padang Besar. Aktiviti utama program ini ialah meneroka gua wang burma, merupakan antara gua yang terkenal di Perlis untuk aktiviti rekreasi yang mencabar mental dan fizikal cotohnya dapat merasai kegelapan yang berkali ganda daripada gelap malam. Aktiviti ini mengambil masa 3 jam. Cubalah kesana..pasti banyak pengalaman menarik yang di bawa pulang...

21 Ogos 2009

MERDEKA RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..
Ogos kembali dan kali ini, Ramadhan juga telah disambut bersama. Semoga sambutan kemerdekaan kali ini lebih bermakna dengan niat yang penuh keberkatan.
Kepada semua ahli SEKRETARIAT RAKAN MUDA UUM..
SALAM RAMADHAN DAN KEMERDEKAAN...

24 Julai 2009

Program Generasi Bebas Jenayah

Sebahagian daripada pesereta dan ibu angkat
Fasilitator dari UUM dan Kolej Islam Insaniah
Peserta dari kalangan Belia-belia Kampung
Pasukan Gendang silat kampung
Program Generasi Bebas Jenayah (dahulunya dikenali sebagai Belia Benci Dadah) peringkat negeri Kedah merupakan satu program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan telah diadakan pada 18-21 jun 2009 di kampung Kelantan, kampung Kuala Dulang Besar, Yan Kedah. Program 4 hari 3 malam ini melibatkan 20 mahasiswa daripada ahli sekretariat rakan muda UUM dan 20 mahasiswa dari Kolej Islam Insaniah. Semasa program ini, mahasiswa UUM dan kolej Islam Insaniah telah ditempatkan di rumah keluarga angkat yang terdiri daripada penduduk kampung. Program yang dijalankan ini merupakan satu usaha peringkat kementerian untuk mendedahkan golongan-golongan belia kearah bebas daripada jenayah dan kesan jika terlibat dengan jenayah. Hal ini demikian kerana golongan belia merupakan satu peringkat umur yang mudah terdedah dengan gejala tersebut.

21 Julai 2009

PENGUBAHSUAIAN BILIK KELAB SRM UUM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca dan ahli SRMUUM.
Baru- baru ini telah dijalankan pengubahsuaian bilik kelab Sekretariat Rakan Muda UUM. Pelbagai pengubahsuaian dilakukan oleh jawatankuasa SRM untuk keselesaan bersama.
Sambil mengemas sempat lagi siapkan dokumen apa- apa yang patut.
Penggerak SRMUUM, Fathan dan Setiausaha Agung SRMUUM, Aisyah kusyuk mengemas.
Exco dan Ahli Majlis Tertinggi SRMUUM, Fathan, Aisyah, Ana, Anas dan Zalikha sibuk mengemas bahagian luar bilik SRMUUM.
Sempat lagi ber'meeting' untuk melaksanakan program : Presiden, Fakhrul komited dengan anak buahnya, Anuar, Anas, Bohari dan Hadi.
Setelah beberapa hari pengubahsuaian dan gotong royong dijalankan, inilah hasilnya. Wajah baru bilik kelab Sekretariat Rakan Muda UUM (dari bahagian dalam bilik sahaja.)
Ruang dalam bilik kelab yang lebih kemas dan teratur. Malah, lebih selesa dengan hiasan dan susunan yang lebih teratur.
Kini, kami lebih berbesar hati mengalu- alukan kedatangan tetamu ke bilik kelab SRMUUM.
SELAMAT DATANG KE BILIK KELAB SEKRETARIAT RAKAN MUDA UUM. *-*

RaKaN WaWaSaN DeSa : BaKti SiSwa Kg.ToK KeLing,KoTa SeTar

pada 30 jun hingga 3 julai lalu rakan wawasan desa telah mengadakan bakti siswa di tok keling,kota setar. seramai 40 peserta telah terlibat. pengarah projek ialah saudari Saidatul Akma yang merupakan timbalan exco rakan wawasan desa srm uum. pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya gotong royong membersihkan serta mengecat masjid kampung tersebut. malah aktiviti yang menarik adalah pertandingan memancing antara orang kampung dengan peserta. program ini mendapat sambutan serta layanan baik dari pihak kampung serta para peserta amat terharu dengan layanan yang telah diberikan.

SiLatUl MaWaDdah: Bakti siswa KoDiaNg

sempena cuti semester yang lalu ahli srm telah mengadakan program bakti siwa di Kodiang,kedah selama 4 hari 3 malam iaitu bermula pada 8-11 jun. seramai 40 peserta telah mengikuti program ini. pengarah prokeh saudara Mohd Yaser bin Ramlee pelajar semester 5 julung-julung kalinya menguruskan program sebegini. antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi bersama pelajar sekolah di mana aktiviti berbentuk motivasi,selain itu bersama penduduk kampung bergotong royong.
kebanyakkan peserta yang mengikuti program ini adalah terdiri dari pelajar yang belum pernah merasai program sebegini. pelbagai pengalaman yang mereka dapat rasai melalui program ini. malah ada di antara mereka mengakui bahawa program ini banyak membantu mereka dalam memahami serta mengenali budaya masyarakat lain. sememangnya program ini amat digalakkan bagi melahirkan bangsa yang hidup bermasyarakat serta berkerjasama.

GeNeraSi BeBas Jenayah MenGgaBuNgkan TeNaGa SuKareLawAn SeKreTarIat rakan Muda UUM & KoLeJ UniveRsiTi InsaNiah

pada 18 - 20 jun yang lalu telah diadakan Generasi bebas Jenayah di mana melibatkan sekretariat rakan muda uum serta juga pelajar kolej universiti insaniah. program ini julung-julung diadakan setahun sekali. program ini pada asalnya adalah Belia Benci Dadah namun se lepas penjenamaan baru rakan muda program ini telah diselaraskan kepada generasi bebas jenayah. tujuan program ini adalah untuk memastikan serta melatih golongan muda terutamanya golongan remaja di bawah lingkungan umur 13 - 17 tahun daripada bebas jenayah. ia memberi pendedahan kepada mereka apa itu sebenarnya dunia jenayah. disamping itu memupuk semangat cinta kan negara. pelbagai pengisian yang telah dimuatkan sepanjang program ini. tujuan untuk melatih golongan remaja ini supaja menjadi belia kebanggaan negara.

pasukan wanita dari TLDM PERAK juara futsal 24 hour non-stop 2009 semester 2 sesi 08/09

buat pertama kali sekretariat rakan muda mempelawa penyertaan futsal kepada pihak luar. cadangan ini di buat bagi untuk melihat seberapa banyak maklum balas yang diterima daripada penyertaan luar UUM. sememangnya maklum balas yang diterima amat di luar jangkaan. namun begitu pihak srm hanya dapat menerima penyertaan dari pasukan wanita sahaja. ternyata penyertaan kali ini memberi kejutan baru kerana juara pasukan wanita kali ini di rangkul oleh pihak pasukan TLDM perak. kehebatan yang dipersembahkan sememangnya hebat. futsal 24 hour non-stop kali ini sememangnya membawa kelainan dari sebelum-sebelumnya. hal ini menjadikan pasukan wanita dari daam UUM rasa lebih tercabar dan harus mempertingkatkan lagi stamina serta strategi permainan mereka. tujuan srm melibatkan penyertaan luar ini adalah untuk mewujudkan saingan yang berdaya maju dan lebih praktikal. diharapkan penyertaan yang akan datang akan lebih mencabar dan menarik supaya dapat melahirkan atlit atau pemain-pemain negara yang berkemahiran serta berdanamik.

BULETIN!!!

PROGRAM YANG BAKAL DIJALANKAN SEMESTER 1 SESI 09/10
  1. SAYEMBARA PUISI (RAKAN SENI BUDAYA)
  2. BENGKEL ASA PENGENDALIAN KOMPUTER (RAKAN SIBER)
  3. AKTIVITI KRAFTANGAN ( RAKAN INOVASI)
  4. KEMPEN DERMA DARAH (RAKAN SUKARELAWAN)
  5. PERTANDINGAN SILAT (RAKAN WAJA DIRI)
  6. AKTIVITI MENGAYUH BASIKAL (RAKAN MASYARAKAT)
  7. MENGENAL DUNIA PERNIAGAAN (RAKAN WIRA USAHA)
  8. PERTANDINGAN FUTSAL MERDEKA (RAKAN KECERGASAN)
  9. KEM TEAM BUILDING (MAJLIS TERTINGGI)

20 Julai 2009

Jemputan Program Eco-Adventure

Pengumuman.......
Pada 6-7/8/09 Rakan Cinta Alam srmuum akan mengadakan program Rakan Muda Eco-Adventure yang bertempat di kawasan Reakreasi Titi Hayun Yan, Kedah. Aktiviti yang akan dijalankan adalah ekspedisi mendaki ke Gunung Jerai Puteri Mandi waterfall yang merupakan antara waterfall tercantik di malaysia dan juga sesi diskusi mengenai kepentingan alam semulajadi dan pemuliharaannya. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini sila hubungi: 0125965755 (khairol). Bayaran rm75 termasuk pengangkutan, makanan, insuran, permit, guide, sijil dan lain-lain lagi. SIRA juga dapat.........cepat tempat adalah terhad.

15 Mei 2009

BAKTISISWA Silatul Mawaddah siri ke-ii

Bersama keluarga angkat
Aktiviti Kebudayaan Sukaneka Khidmat Masyaralkat
Motivasi di SK Tengku Bendahara
Lawatan kerumah Penduduk yang terlibat dengan IKS
Majlis Perasmian
Program baktisiswa Silatul Mawaddah siri ke-2 merupakan satu program yang dijalankan dari hari pertama cuti semester iaitu 8 mei 2009 hingga 11 mei 2009 . Program ini disertai oleh 40 ahli rakan muda UUM dan saudara Yasser Ramli sebagai pengarahnya. Sepanjang program ini peserta-peserta telah ditempatkan di rumah keluarga angkat yang terdiri daripada 14 keluarga di kampung damai, kodiang Kedah. Pelbagai aktiviti telah dilajalankan sepanjang 4 hari 3 malam sepanjang perkampungan ini. Antaranya ialah Lawatan ke kampung Kodiang lama untuk melihat pengalaman Orang kampung dalam menjalani IKS, program motivasi di sekolah kebangsaan Tengku Bendahara, forum islam, gotong-royong, sukaneka, malam kebudayaan, lawatan kerumah orang kampung yang kurang upaya dan warga emas dan kenduri kampung. Pelbagai pengalaman manis dapat dibawa pulang oleh semua peserta. Rakan Muda, Yakin Boleh Gemilang.

22 Mac 2009

Rakan waJa diRi anJur BenGkel OutdooR KoMuniTi LuaR

20 mac 2009,jumaat rakan waja diri telah menganjurkan satu program outdoor yang berbentuk bengkel. program ini melibatkan penyertaan dari pihak sekolah iaitu pelajar sekolah menengah bandar baru sintok yang terdiri darpada pelajar tingkatan 2 dan 4. lebih kurang 60 pelajar yang terlibat. tujuan program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang aktiviti lasak 2outdoor seperti berkayak,mendaki gunung,abseling dan lain-lain. mereka diberi pendedahan dalam bentuk teori dan juga latihan serta praktik. pengarah program adalah ketua exco rakan waja diri iaitu saudara syafiq bin kadir. program yang dijalankan mendapat sambutan baik dari setiap pelajar malah kami mendapat makum balas agar program seperti ini dapat diteruskan pad amasa akan datang.

tEam bUiLdiNg RaKan MuDa

pada 27-28/2/09 rakan muda uum telah mengadakan satu program perkhemahan berbentuk team building. yang bertempat di taman rekreasi uum. penyertaan yang terlibat adalah ahli sekretariat rakan muda uum dan juga majlis tertinggi rakan muda berserta exco-exco yang berkenaan. aktiviti yang dijalankan bertujuan memupuk semgat berpasukan disamping untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli. antara aktiviti yang dijalankan adalah LDK,explorace,bbQ dan sesi bersama mantan-mantan srm 07/08. alhamdulillah aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kesemua peserta berpuas hati. terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...