21 Julai 2009

pasukan wanita dari TLDM PERAK juara futsal 24 hour non-stop 2009 semester 2 sesi 08/09

buat pertama kali sekretariat rakan muda mempelawa penyertaan futsal kepada pihak luar. cadangan ini di buat bagi untuk melihat seberapa banyak maklum balas yang diterima daripada penyertaan luar UUM. sememangnya maklum balas yang diterima amat di luar jangkaan. namun begitu pihak srm hanya dapat menerima penyertaan dari pasukan wanita sahaja. ternyata penyertaan kali ini memberi kejutan baru kerana juara pasukan wanita kali ini di rangkul oleh pihak pasukan TLDM perak. kehebatan yang dipersembahkan sememangnya hebat. futsal 24 hour non-stop kali ini sememangnya membawa kelainan dari sebelum-sebelumnya. hal ini menjadikan pasukan wanita dari daam UUM rasa lebih tercabar dan harus mempertingkatkan lagi stamina serta strategi permainan mereka. tujuan srm melibatkan penyertaan luar ini adalah untuk mewujudkan saingan yang berdaya maju dan lebih praktikal. diharapkan penyertaan yang akan datang akan lebih mencabar dan menarik supaya dapat melahirkan atlit atau pemain-pemain negara yang berkemahiran serta berdanamik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...