8 Ogos 2008

Bengkel Fasilitator Program Rakan Muda Belia Benci Dadah peringkat Kebangsaan

25 - 27 Julai 2008, Kementerian Belia dan Sukan bahagian Pembangunan Rakan Muda telah menganjurkan Bengkel Fasilitator Program Rakan Muda Belia Benci Dadah peringkat kebangsaan bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia di Lumut, Perak. Bengkel ini tertumpu kepada penggubalan modul program Belia Benci Dadah dan dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Puan Wasitah Md Yusoff. Antara yang dijemput pengarah Rakan Muda setiap negeri dan barisan kepimpinan SRM IPTA seluruh Malaysia. Antara wakil SRMUUM adalah Presiden SRM Mohd Taufik Sahrudin, Exco Wirausaha Wan Azuraina Meor Abdullah, Exco Wajadiri Noorhisham Embong dan 2 ahli SRMUUM Najihah dan Juliana Maarof. Pelbagai faedah sampingan yang diperoleh seperti mewujudkan link dengan IPT lain dan pegawai Rakan Muda KBS dan JBS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...