Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan

29 Mac 2012

Kandid Rakan Muda Tough Enough Challenge II


Inilah kandid yang sempat kami ambil semasa program "RAKAN MUDA TOUGH ENOUGH CHALLENGE II" diadakan









Kursus Pengurusan Organisasi Sekretariat Rakan Muda UUM 2012


Objektif program ini adalah untuk membimbing exco-exco dan majlis tertinggi bagi mengenadalikan organisasi Sekretariat Rakan Muda UUM 2012

Selain itu, untuk merapatkan hubungan setiap ahli agar memudahkan kerjasama dalam pasukan dan organisasi dalam merancang aktiviti-aktiviti tahunan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012.

28 Mac 2012

RAKAN MUDA TOUGH ENOUGH CHALLENGE II


  • program yang dijalankan selama  7hari 6malam..peserta mendaki  gunung chamah dan gunung ulu sepat yang merupakan antara gunung yang tersenarai sebagai 7gunung tertinggi semanjung.

Program Untuk Bulan April 2012

  • EXPLORATION YOUTH CAMP (6-9 APRIL 2012)
  • RAKAN MUDA KEMBARA MAT CINCANG (19 APRIL 2012)
  • EXPLORACE ICT RAKAN MUDA (20 APRIL 2012)
  • RAKAN MUDA BIODIVERSITI : SWAMP! (28APRIL 2012)
  • ADIKKU SAYANG (21 APRIL 2012)
  • SEMINAR WAJADIRI (27 APRIL 2012)

20 April 2011

Rakan Siber :: Bengkel Blogging Time Day

  • Bengkel ini telah dibuat oleh Rakan Muda Siber pada 9 APRIL 2011.
  • Program ini adalah untuk menggalakkan pelajar mahir dalam menggunakan blog malah lebih penting adalah menjana pendapatan melalui Blogging ini.
  • Pelbagai input yang menarik telah dikupas iaitu bagaimana cara-cara asas dalam memulakan blog, langkah-langkah dan LINKS dalam mendapatkan Gadget yang lebih menarik daripada laman-laman Blog yang telah disediakan.
  • Aktiviti yang berlangsung dari 9 pagi hingga 3 petang telah mengundang pelajar UUM seramai 50 orang, di samping itu Penceramah adalah Puan Aselawati yang juga Pensyarah Teknologi Media yang mempunyai pengalaman dalam blogging.

24 Oktober 2009

WANG BURMA CAVING CHALLENGE

Taman negeri Perlis yang indah dan permai Peserta yang terlibat Persiapan pasang khemah Indahnya ciptaan Ilahi cabaran dalam gua.. hati-hati nanti tersepit
Kawasan gua basah Merangkak elok-elok, nanti terhantuk kat tingkat atas..
Syoknya dapat mandi air terjun
Aktiviti Unggun Api
WANG BURMA CAVING CHALLENGE merupakan satu program yang diadakan pada 16-17 oktober lalu bertembat di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Perlis Program ini merupakan satu Program usahasama Rakan Cinta Alam dan Kelas Pengurusan Kerjaya UUM COLGIS. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan semasa projek ini dijalankan seperti "games tali", "War games", BBQ, menggua, mandi air terjun dan termasuk aktiviti yang tidak dirancang iaitu lawatan ke Padang Besar. Aktiviti utama program ini ialah meneroka gua wang burma, merupakan antara gua yang terkenal di Perlis untuk aktiviti rekreasi yang mencabar mental dan fizikal cotohnya dapat merasai kegelapan yang berkali ganda daripada gelap malam. Aktiviti ini mengambil masa 3 jam. Cubalah kesana..pasti banyak pengalaman menarik yang di bawa pulang...

24 Julai 2009

Program Generasi Bebas Jenayah

Sebahagian daripada pesereta dan ibu angkat
Fasilitator dari UUM dan Kolej Islam Insaniah
Peserta dari kalangan Belia-belia Kampung
Pasukan Gendang silat kampung
Program Generasi Bebas Jenayah (dahulunya dikenali sebagai Belia Benci Dadah) peringkat negeri Kedah merupakan satu program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan telah diadakan pada 18-21 jun 2009 di kampung Kelantan, kampung Kuala Dulang Besar, Yan Kedah. Program 4 hari 3 malam ini melibatkan 20 mahasiswa daripada ahli sekretariat rakan muda UUM dan 20 mahasiswa dari Kolej Islam Insaniah. Semasa program ini, mahasiswa UUM dan kolej Islam Insaniah telah ditempatkan di rumah keluarga angkat yang terdiri daripada penduduk kampung. Program yang dijalankan ini merupakan satu usaha peringkat kementerian untuk mendedahkan golongan-golongan belia kearah bebas daripada jenayah dan kesan jika terlibat dengan jenayah. Hal ini demikian kerana golongan belia merupakan satu peringkat umur yang mudah terdedah dengan gejala tersebut.

21 Julai 2009

RaKaN WaWaSaN DeSa : BaKti SiSwa Kg.ToK KeLing,KoTa SeTar

pada 30 jun hingga 3 julai lalu rakan wawasan desa telah mengadakan bakti siswa di tok keling,kota setar. seramai 40 peserta telah terlibat. pengarah projek ialah saudari Saidatul Akma yang merupakan timbalan exco rakan wawasan desa srm uum. pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya gotong royong membersihkan serta mengecat masjid kampung tersebut. malah aktiviti yang menarik adalah pertandingan memancing antara orang kampung dengan peserta. program ini mendapat sambutan serta layanan baik dari pihak kampung serta para peserta amat terharu dengan layanan yang telah diberikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...