11 November 2008

ReGiOnAL CoNVenTiOn Of StUdEnT DeVeLoPMeNt PHuKeT, THaiLaNd

konvensyen anjuran hal ehwal pelajar yang di ketuai oleh TNC,Dato' Dr. Ahmad Faiz Hj. Hamid telah diadakan di Phuket,Thailand pada 29-31 oktober 08. konvensyen ini bertujuan untuk memberi pendedahan aspek-aspek tentang mobiliti pelajar,kepimpinan,komuniti,industri link dan sebagainya. banyak pengetahuan yang diperolehi daripada pembentangan oleh jemputan khas dari empat buah negara yang terdiri daripada Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Tan Sri Dr. Nordin Kadri turut membentangkan kertas kerjanya. seramai 6 orang wakil SRMUUM telah menghadiri konvensyen tersebut yang terdiri dari Mohd Taufiq (Presiden), Mohd Zaki (Timb. Presiden), Syahirul ( PR), Karimi (Exco), Ernelizzah (Exco), & Marizan. terima kasih diucapkan kepada pihak HEP kerana memberi peluang kepada SRM dan memberi penghargaan seperti ini kepada SRM UUM..

26 Oktober 2008

WaWaSaN DeSa Di 4 DaErAh neGeRi KEDAH

Pada 27 -30 jun 08 telah dijalankan program wawasan desa di daerah negeri kedah. Antara kampung yang terpilih ialah Kg. Lana Bulu Jitra, Kg. Belantik Sik, Kg. Pendang. Manakala Kg. Jelutong Sik telah dijalankan pada 1-4 julai 08. Antara agenda yang dijalankan sepanjang program adalah mengadakan program sehari bersama pelajar sekolah rendah yang terdiri drpd murid darjah 5 & 6. Selain itu bersama penduduk kg dimana ramah mesra dan aktiviti berbntuk bakti siswa telah dijalankan iaitu antaranya sukaneka bersama penduduk kg,gtong-ryong kndri kg dan juga mlawat rumah pndduk kg sekitar. Seramai 160 mahasisiwa & mahasisiwi UUM yang menyertai program ini. Diharapkan program bakti siswa ini dapat dijalankan pada masa-masa akan datang agar palajar dapat didedahkan dengan aktiviti seperti ini. Banyak ppengalaman yang dapat dipelajari dari program sperti ini.

RaKaN MuDa FUtsaLL 24 HoUr NoN-StOp ChaLLeNge

Pada 18 oktober 2008 Rakan Muda UUM telah menganjurkan satu perlawanan FUTSALL 24 HOUR NON-STOP CHALLENGE yang bermula seawal jam8 pagi dan berakhir jam 8 pagi keesokkannya. Perlawanan ini berlangsung di Pusat Sukan UUM. Seramai 45 ahli jawatankuasa terlibat menjayakan program ini yang diketuai oleh saudara MOHD TAUFIQ iaitu presiden SEKRETARIAT RAKAN MUDA UUM. Sebanyak 43 pasukan (33 team lelaki & 10 team Perempuan) menyertai perlawanan ini. Hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai + sijil + madel + hamper + piala pusingan bagi johan. Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar walaupun berlaku sedikit ketegangan dikalangan pasukan namun begitu segalanya dapat dikawal dan perlawanan ini berakhir dengan baik. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan tidak lupa pada yang kurang bernasib baik cuba lagi di perlawanan akan datang. Dan SYABAS diucapkan kepada AJK yang terlibat yang bertungkus lumus berjaga malam demi perlawanan ini. Di harapkan masa akan datang perlawanan ini dapat diteruskan dan lebih sucsess. SYABAS SRM UUM ^_^

10 September 2008

Rakan Muda Crew Member Appreaciation Day ' 08

Rakan Muda Crew Member Appreaciation Day ' 08 merupakan satu program yang dijalankan oleh rakan muda UUM pada 31 ogos lalu. Program yang berlangsung di Taman Memancing Tasik Mas ini bertujuan untuk mengumpul dan memberi penghargaan kepada ahli-ahli sekretariat yang aktif sepanjang tahun ini. Atucara program yang bermula pada jam 9.00 poagi ini dimulakan dengan aktiviti eksplorace dan diikuti dengan "Brutal Games". Majlis berakhir selepas makan tengah hari. Terima Kasih SRM

malam ambang kemerdekaan

Pada 30 ogos lalu, 12 ahli rakan muda telah terlibat dalam perbarisan malam ambang kemerdekaan bagi mewakili persatuan dan badan pelajar UUM. Ahli rakan muda yang terlibat pada malam ini kelihatan lebih menonjol dan menjadi perhatian penonton kerana tema pakaian yang berbaju koprat . Majlis pada malam tersebut berakhir pada jam 12.30 dengan pertunjukkan bungan api. SRM Terus Maju.

layan best

6 September 2008

bulan-bulan lepas punye ceriter...(1)

Pengagihan Kad Rakan Muda
Pada 22 julai 2008 yang lalu, pasukan GO-MOBILE telah datang ke UUM untuk mengagihkan kad ahli rakan muda kepada mahasiswa UUM. Pengagihan kad ahli ini berlangsung selama 3 jam iaitu dari jam 3.00pm dan berakhir pada jam 6.00pm. Lebih daripada 1000 pendaftaran diterima oleh pasukan GO-MOBILE di universiti ini walaupun dalam masa yang singkat. Pengagihan kad ahli rakan muda ini bertujuan untuk memberikan keistimewaan kepada Mahasiswa UUM apabila mendaftar sebagai ahli-ahli SRM UUM. Terima kasih kerana menyokong SRM.

25 Ogos 2008

program akan datang

1) program gunung bintang 2) program kayak dekat tasik bera pahang 3) program belia benci dadah 4) program kesukarelawanan 5) program-program lain dalam kampuz teruskan menyokong SRMUUM.....

BAKSIS TERENGGANU : SeDeTiK BerSaMa SeAbaD TeRaSA 19-23 OgOs 2008

Program baksis di kg.Baharu Kuala Besut Terengganu yang dijalankan pada 19-23/8/08 iaitu selama 5 hari 4 malam adalah satu lagi program yang berjaya dilaksanakan oleh SRMUUM. Pengarah projek ini iaitu saudara Mohd Naizul bin Mat Zain merupakan anak kelahiran kampung tersebut.Seramai 38 ahli SRMUUM yang menyertai program ini. Program ini berbentuk motivasi dan khidmat masyarakat. syabas buat semua yang terlibat...raja kapur...

Kembara Ilmu Generasi gemilang

Kembara ilmu generasi gemilang merupakan satu lagi program SRM yang telah berjaya mengharumkan nama SRM. Projek ini adalah kesinambungan daripada kejayaan program bumbung lima. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dengan penuh gemilang. Projek ini adalah lambang kejayaan SRM. Projek yang berlangsung di sekolah kebangsaan bumbung lima ini berlangsung selama tiga hari dua malam di isi dengan program motivasi untuk murid-murid yang bakal menduduki UPSR awal september kelak.SRM UUM sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik.

8 Ogos 2008

HoP dAy SRM UUM 27-31 Julai 2008

Pada 27-31 julai 2008 telah diadakan Hari Organisasi Pelajar SRM UUM bagi pendaftaran ahli baru sesi 08/09. Program ini telah di ketuai oleh saudara Fakhrullah bersama rakan-rakan seperjuangannya. Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan terutamanya daripada pelajar kemasukkan baru tahun 1. Semenjak dari hari pertama lagi pendaftaran yang diterima adalah di luar jangkaan, tiba hari ke-2 sahaja pendaftaran mencecah 600 ahli sehingga AJK terpaksa menutup kaunter pendaftaran pada hari ke-3 disebabkan penyertaan yang melebihi had. Kini pendaftaran untuk ahli baru adalah seramai 900 orang. Terima kasih di ucapkan kepada setiap AJk yang terlibat kerana berjaya menjayakan program inikerana hasil yang amat memuaskan dan diluar jangkaan. "HiDuP SRM UUM"

video clip

Lagu Tema

Bengkel Fasilitator Program Rakan Muda Belia Benci Dadah peringkat Kebangsaan

25 - 27 Julai 2008, Kementerian Belia dan Sukan bahagian Pembangunan Rakan Muda telah menganjurkan Bengkel Fasilitator Program Rakan Muda Belia Benci Dadah peringkat kebangsaan bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia di Lumut, Perak. Bengkel ini tertumpu kepada penggubalan modul program Belia Benci Dadah dan dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Puan Wasitah Md Yusoff. Antara yang dijemput pengarah Rakan Muda setiap negeri dan barisan kepimpinan SRM IPTA seluruh Malaysia. Antara wakil SRMUUM adalah Presiden SRM Mohd Taufik Sahrudin, Exco Wirausaha Wan Azuraina Meor Abdullah, Exco Wajadiri Noorhisham Embong dan 2 ahli SRMUUM Najihah dan Juliana Maarof. Pelbagai faedah sampingan yang diperoleh seperti mewujudkan link dengan IPT lain dan pegawai Rakan Muda KBS dan JBS.

Rakan Muda Splash Challenge

Pada 24-26 Julai 2008, Exco Cinta Alam SRMUUM dibawah naungan saudara Nazri bin Abdul Wahab telah menganjurkan "Rakan Muda Splash Challenge" di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim, Kedah. Pelabagai aktiviti yang telah dilakukan seperti rafting, tubing, abseiling, night walk, tree top walk, jungle trekking dan BBQ. Pengalaman outdoor sememangnya tidak dapat dilupakan oleh peserta yang hadir turut datang adalah Abg. Eri (Penasihat SRMUUM). Masing-masing kepenatan sampai kampus. Kesian....

7 Ogos 2008

Program Rakan Muda Selangkah Kehadapan Adikku Sayang

Pada malam ini, 7 ogos 2008 bertempat di varsity mall UUM, seramai 40 orang ahli SRM bertolak ke "Program Rakan Muda Selangkah Kehadapan Adikku Sayang" merupakan program motivasi yang dijalankan di Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini di SK Cameron berobjektifkan pemantapan motivasi pelajar sekolah rendah dianjur bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UUM yang diketuai oleh saudari Noor Syaziela Mansor. Selamat Berjaya diucapkan kepada beliau dan rakan-rakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...