23 Februari 2009

Rakan Kecergasan SRM UUM Ajnur Kursus Asas Paintball

Pada 13 februari 09 Rakan Kecergasan dan juga Rakan Inovasi SRM UUM telah mengadakan program 'Rakan Muda Paintball Introduction Course' bertempat di Kompleks Sukan Kolej Tentera Udara Alor Setar. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar UUM mengenai cara permainan sebenar sukan paintball ini. Ternyata program selama satu hari ini yang bermula dengan sesi teori dan latihan pada sebelah pagi dan sesi praktikal pada sebelah petang ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan juga telah berjaya membuka mata pelbagai pihak yang mula mahukan kursus seperti ini diadakan lagi kelak.

21 Februari 2009

Rakan Muda UUM Tawan Gunung Bintang

Pada 24-27 Januari 2009 seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UUM telah menyertai program Rakan Muda Climb Challenge ekspedisi ke Gunung Bintang yang terletak di Sungai Sedim Kulim Kedah. Ekspedisi ini telah diketuai oleh saudara Mohd Khairol b. Mohammad Othman bersama penasihat Rakan Muda UUM En. Mohd Khairi b. Mohamed@Alwi
dengan bantuan guide dari Rapid Fire Sdn Bhd. Ekspedisi pendakian yang mencabar selama 3 hari ini bermula pada 25 haribulan pagi telah berjaya menawan puncak pada 26haribulan pada jam 5petang. Berbagai perkara menarik telah dijumpai oleh peserta seperti menjumpai tapak haiwan liar seperti harimau, gajah, sekumpulan babi hutan dan juga cendawan gergasi.

15 Februari 2009

AnuaL GraNd MeeTinG 09/10

Pada 6 januari 2009 telah diadakan satu majlis ANUAL GRAND MEETING 09/10 sempena majlis perletakkan jawatan Majlis Tertinggi dan para exco Sekretariar Rakan Muda UUM 08/09 dan perlantikkan baru sesi 09/10. Majlis ini bertempat di Dewan seminar A pusat konvensyen UUM. Lebih kurang 150 orang ahli yang telah menyertai majlis ini termasuk majis tertinggi dan juga exco. Turut memeriahkan majlis dengan kedatangan penasihat SRM UUM en.khairi dan juga mantan tmblan presiden 07/08 SRM UUM suzaimie dan atiqah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...