25 Ogos 2008

program akan datang

1) program gunung bintang 2) program kayak dekat tasik bera pahang 3) program belia benci dadah 4) program kesukarelawanan 5) program-program lain dalam kampuz teruskan menyokong SRMUUM.....

BAKSIS TERENGGANU : SeDeTiK BerSaMa SeAbaD TeRaSA 19-23 OgOs 2008

Program baksis di kg.Baharu Kuala Besut Terengganu yang dijalankan pada 19-23/8/08 iaitu selama 5 hari 4 malam adalah satu lagi program yang berjaya dilaksanakan oleh SRMUUM. Pengarah projek ini iaitu saudara Mohd Naizul bin Mat Zain merupakan anak kelahiran kampung tersebut.Seramai 38 ahli SRMUUM yang menyertai program ini. Program ini berbentuk motivasi dan khidmat masyarakat. syabas buat semua yang terlibat...raja kapur...

Kembara Ilmu Generasi gemilang

Kembara ilmu generasi gemilang merupakan satu lagi program SRM yang telah berjaya mengharumkan nama SRM. Projek ini adalah kesinambungan daripada kejayaan program bumbung lima. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dengan penuh gemilang. Projek ini adalah lambang kejayaan SRM. Projek yang berlangsung di sekolah kebangsaan bumbung lima ini berlangsung selama tiga hari dua malam di isi dengan program motivasi untuk murid-murid yang bakal menduduki UPSR awal september kelak.SRM UUM sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik.

8 Ogos 2008

HoP dAy SRM UUM 27-31 Julai 2008

Pada 27-31 julai 2008 telah diadakan Hari Organisasi Pelajar SRM UUM bagi pendaftaran ahli baru sesi 08/09. Program ini telah di ketuai oleh saudara Fakhrullah bersama rakan-rakan seperjuangannya. Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan terutamanya daripada pelajar kemasukkan baru tahun 1. Semenjak dari hari pertama lagi pendaftaran yang diterima adalah di luar jangkaan, tiba hari ke-2 sahaja pendaftaran mencecah 600 ahli sehingga AJK terpaksa menutup kaunter pendaftaran pada hari ke-3 disebabkan penyertaan yang melebihi had. Kini pendaftaran untuk ahli baru adalah seramai 900 orang. Terima kasih di ucapkan kepada setiap AJk yang terlibat kerana berjaya menjayakan program inikerana hasil yang amat memuaskan dan diluar jangkaan. "HiDuP SRM UUM"

video clip

Lagu Tema

Bengkel Fasilitator Program Rakan Muda Belia Benci Dadah peringkat Kebangsaan

25 - 27 Julai 2008, Kementerian Belia dan Sukan bahagian Pembangunan Rakan Muda telah menganjurkan Bengkel Fasilitator Program Rakan Muda Belia Benci Dadah peringkat kebangsaan bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia di Lumut, Perak. Bengkel ini tertumpu kepada penggubalan modul program Belia Benci Dadah dan dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Puan Wasitah Md Yusoff. Antara yang dijemput pengarah Rakan Muda setiap negeri dan barisan kepimpinan SRM IPTA seluruh Malaysia. Antara wakil SRMUUM adalah Presiden SRM Mohd Taufik Sahrudin, Exco Wirausaha Wan Azuraina Meor Abdullah, Exco Wajadiri Noorhisham Embong dan 2 ahli SRMUUM Najihah dan Juliana Maarof. Pelbagai faedah sampingan yang diperoleh seperti mewujudkan link dengan IPT lain dan pegawai Rakan Muda KBS dan JBS.

Rakan Muda Splash Challenge

Pada 24-26 Julai 2008, Exco Cinta Alam SRMUUM dibawah naungan saudara Nazri bin Abdul Wahab telah menganjurkan "Rakan Muda Splash Challenge" di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim, Kedah. Pelabagai aktiviti yang telah dilakukan seperti rafting, tubing, abseiling, night walk, tree top walk, jungle trekking dan BBQ. Pengalaman outdoor sememangnya tidak dapat dilupakan oleh peserta yang hadir turut datang adalah Abg. Eri (Penasihat SRMUUM). Masing-masing kepenatan sampai kampus. Kesian....

7 Ogos 2008

Program Rakan Muda Selangkah Kehadapan Adikku Sayang

Pada malam ini, 7 ogos 2008 bertempat di varsity mall UUM, seramai 40 orang ahli SRM bertolak ke "Program Rakan Muda Selangkah Kehadapan Adikku Sayang" merupakan program motivasi yang dijalankan di Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini di SK Cameron berobjektifkan pemantapan motivasi pelajar sekolah rendah dianjur bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UUM yang diketuai oleh saudari Noor Syaziela Mansor. Selamat Berjaya diucapkan kepada beliau dan rakan-rakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...