21 Julai 2009

PENGUBAHSUAIAN BILIK KELAB SRM UUM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca dan ahli SRMUUM.
Baru- baru ini telah dijalankan pengubahsuaian bilik kelab Sekretariat Rakan Muda UUM. Pelbagai pengubahsuaian dilakukan oleh jawatankuasa SRM untuk keselesaan bersama.
Sambil mengemas sempat lagi siapkan dokumen apa- apa yang patut.
Penggerak SRMUUM, Fathan dan Setiausaha Agung SRMUUM, Aisyah kusyuk mengemas.
Exco dan Ahli Majlis Tertinggi SRMUUM, Fathan, Aisyah, Ana, Anas dan Zalikha sibuk mengemas bahagian luar bilik SRMUUM.
Sempat lagi ber'meeting' untuk melaksanakan program : Presiden, Fakhrul komited dengan anak buahnya, Anuar, Anas, Bohari dan Hadi.
Setelah beberapa hari pengubahsuaian dan gotong royong dijalankan, inilah hasilnya. Wajah baru bilik kelab Sekretariat Rakan Muda UUM (dari bahagian dalam bilik sahaja.)
Ruang dalam bilik kelab yang lebih kemas dan teratur. Malah, lebih selesa dengan hiasan dan susunan yang lebih teratur.
Kini, kami lebih berbesar hati mengalu- alukan kedatangan tetamu ke bilik kelab SRMUUM.
SELAMAT DATANG KE BILIK KELAB SEKRETARIAT RAKAN MUDA UUM. *-*

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...