19 April 2015

Penyertaan Escape Challenges!


Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua! 

Kami sedang mencari AJK dan peserta bagi program Escape Challenge, Penang yang akan dijalankan pada 28 April 2014 hari Selasa. Yuran yang dikenakan hanya RM 60.00 setiap seorang. Sebarang pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan saudari Maizatul Muharani di talian 0122638460.

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan di sana nanti. Kekuatan mental dan fizikal diperlukan bagi menyertai program ini.

"FIRST COME, FIRST SERVE''

Yakin ! Boleh ! Gemilang !

16 April 2015

Kem Pemantapan Organisasi 2015 (KPO15)

Tanggal 19 & 20 Mac 2015, telah dilaksanakan Kem Pemantapan Organisasi 2015. Kem ini dilaksanakan dengan tujuan mengeratkan silaturahim antara sesama ahli dan mengenali setiap anggota yang bakal menjalankan program-program yang menarik untuk pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia. Tahniah untuk semua yg telah mengikuti program ini :)



























17 Mac 2015

BENGKEL KEUSAHAWANAN "ATASI MASALAH POKET KERING"


Ikuti Program pertama SRM UUM semester ini.
Bengkel Keusahawanan ' ATASI MASALAH POKET KERING ' yang akan disampaikan oleh Farhaan An Rahmat seorang Motivator Bebas yang masih belajar di UUM. Program ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Mac 2015
Masa : 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari
Tempat : Dewan Pusat Penginapan Pelajar (SAC)
Bayaran : RM 2.00 (SIRA, MAKANAN & MINUMAN disediakan)


Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, anda boleh terus berhubung di Facebook kami atau SMS/Whatsapp pada talian program di 0177218616 (IZZATI).
Yakin ! Boleh ! Gemilang !

25 Disember 2014

Solat Hajat Banjir 2014

SALAM RAKAN MUDA

InsyaAllah pada malam ini 25 Disember 2014 akan diadakan majlis bacaan Yassin, menunaikan Solat Hajat & Solat Isyak secara berjemaah untuk mendoakan keselamatan mangsa banjir terjamin dan segera beransur pulih. Majlis akan dimulakan pada jam 8.00 malam bertempat di Surau Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia.

* Bawa surah yasin sendiri.
* Bawa telekung sendiri (bagi pelajar perempuan).


Sebarang pertanyan boleh berhubung dengan Saudari Nur Fitthree Yanie di talian 017-8926706. Semua dijemput hadir.

24 Disember 2014

Bantuan Mangsa Banjir 2014


Kutipan derma kilat bantuan banjir pantai timur.

'Hulurkan tangan, ringankan beban'

'Hari ini kita tolong mereka, esok lusa mereka tolong kita'

Baksis Kedah 2015


Salam Rakan Muda ! dan Salam 1 Malaysia !

TERUKA KEPADA WARGA UUM !

Sekretariat Rakan Muda UUM mencari AJK BAKSIS KEDAH !!!

Berikut merupakan ketetapan program :


BAKSIS KEDAH "KEMBARA KASIH TAUTAN UKHUWAH" 
16 hingga 18 Januari 2015
Yan, Kedah


Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Shah Ru di talian 0108957172.

Yakin ! Boleh ! Gemilang !

21 Disember 2014

Annual Grand Meeting 2014

Annual Grand Meeting 2014 Sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia telah diadakan pada 

16 Disember 2014 
bertempat di 
Varsity Mall Cafe, UUM

Kesemua Majlis Tertinggi dan Rakan Exco SRM UUM akan meletakkan jawatan secara rasmi pada hari tersebut, dan pada hari itu juga Presiden SRM UUM Saudara Ahmad Shabirin telah menyerahkan tugas kepada kepimpinan baru. 

Berikut adalah barisan kepimpinan baru SRMUUM 2015

PRESIDEN
Ahmad Faizal Bin Che Johari

TIMBALAN PRESIDEN
Mohammad Syahrul Aswad Bin Mohamad Ramli

SETIAUSAHA AGONG
Suhaida Binti Juhari

SETIAUSAHA KERJA
Habiba Radhiah Binti Hussin

BENDAHARI
Muhamad Hafizi Bin Ja'afar

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
Muhammad Amin Bin Marozan

EXCO BADAR & SENI BUDAYA
Nur Fitri Ani Binti Yudising

EXCO SIBER & INOVASI
Muhammad Syafiq Bin Sharuddin

EXCO WAJA DIRI, KECERGASAN & CINTA ALAM
Zul Azmil Bin Mat Sarop

EXCO WIRAUSAHA
Sharifah Nur Fatihah Binti Sharom 

EXCO MASYARAKAT & JIRAN MUDA
Nur Afiqah Binti Rosli

EXCO WAWASAN DESA & SUKARELAWAN
Zatil Aqilah Binti Mohd Yusoff

EKSEKUTIF PROTOKOL
Zarirah Binti Razak
Syarifah Nadhirah Binti Syed Mohd Bakir

EKSEKUTIF TEKNIKAL & LOGISTIK
Syafiq Husaini Bin Subari
Muhamad Syazani Bin Mohamad Sanee

EKSEKUTIF PENERBITAN
Maizatul Asma Binti Muharani
Nur Hanun Taufiqah Binti Mohd Taufik

EKSEKUTIF PROMOSI
Siti Norain Emilia Binti Jaluddin
Noor Zulaikha Binti Sumardi

EKSEKUTIF TUGAS KHAS
Nur Anis Syazwani Binti Jusoh
Nur Natasha Binti Abdul Aziz







29 Oktober 2013

kejohanan Badminton!


Assalamualaikum dan Salam Rakan Muda.

Buat julung2 kalinya SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA akan 

mnganjurkan Kejohanan badminton terbesar terbuka UUM pada semester 

ini bagi memberi peluang kepada anda, mahasiswa/i UUM utk menonjolkan bakat dalam sukan badminton..

Butiran kejohanan adalah seperti berikut:

Program: SRM Badminton Championship "Smash The Shuttle For The Title" UUM 2013

Acara: Perseorangan (LELAKI/PEREMPUAN) & Beregu (LELAKI/PEREMPUAN)

Tarikh: 28 - 30 Nov 2013

Tempat: Pusat Sukan, UUM

Yuran: RM5 seorang bagi setiap penyertaan


Kepada sesiapa yang berminat menjadi PESERTA atau AJK PELAKSANA program, sila hubungi/pm kepada 

 Ahmad Shabirin 019-2414077 atau kepada 

Norfaraha 013-7751693.. Sira & Sijil disediakan..

JANGaN lepaskan peluang ini..!!! serlahkan bakat anda..!!! 






SRM UUM, "Yakin, Boleh, Gemilang".



23 Oktober 2013

Rakan Muda Induction Day

Assalamualaikum n Aloha!!!

kami tukaq dah tarikh Rakan Muda Induction Day!!!!! 

tarikh baru pada 29 OKTOBER 2013

pakat mai daftar laaaa...ada lagi kekosongan..jangan da hari kejadian baru nak daftar memg xdpt join laaa...

macam-macam aktiviti menarik yang kami sediakan untuk para peserta semua...



setakat la ni masih ada kekosongan....diulangi masih ada  kekosongan!!!!!



pada sesiapa yang berminat boleh la hubungi no tepon yang tertera tu naaa!!!


27 April 2012

Rakan Muda Exploration Youth Camp


Program Rakan Muda Exploration Youth Camp merupakan salah satu program dibawah Rakan Kecergasan Sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia. Program ini akan diadakan di Teluk Segadas Adventure Camp, Pangkor, Perak. Peserta bagi program ini adalah mahasiswa/i dari Universiti Utara Malaysia 

BUTIRAN DAN PERLAKSANAAN PROGRAM 

Tarikh : 6-9 April 2012 
Tempat : Teluk Segadas Adventure Camp, 57, Teluk Kecil, 32300, Pangkor, Perak. 
Penyertaan : 31 orang mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia




KANDID PROGRAM



9 April 2012

Rakan Muda Tree Climbers UUM 2012


Program Tree Climbers In UUM 2012 ini merupakan salah satu program yang dianjurkan di bawah Rakan Muda Inovasi Sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama pihak Tree Climbers Malaysia. program ini memdapat sambutan hangat daripada mahasiswa/i UUM...



7 April 2012

Kejohanan Tenpin Bowling SRM UUM 2012


Program ini di anjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda UUM (SRMUUM). Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan sesama ahli-ahli (SRMUUM) sesi 2012. Hubungan silaturahim ini juga dikongsi bersama dengan mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lain. Program ini dijalankan selama 1 hari bertempat di Jitra Mall, Jitra, Kedah. Kekuatan peserta adalah seramai 40 orang termasuk ahli-ahli Sekretariat Rakan Muda UUM (SRMUUM) sesi 2012. Program ini juga akan dapat mencungkil bakat terpendam mahasiawa/i dalam bidang tenpin boling. Slogan bagi program ini adalah “ TIADA ALASAN “. 

MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 16 Mac 2012 
Hari : Jumaat 
 Tempat : Jitra Mall, Jitra, Kedah 


5 April 2012

Prinsip Pendekatan Rakan Muda & 8 Gaya Hidup


Rakan Muda mengekalkan 8 Gaya Hidup daripada 9 Gaya Hidup dengan diberi nafas baru berdasarkan Falsafah yang dinyatakan di atas. 8 Gaya Hidup tersebut adalah :- 


RAKAN WAJADIRI 
Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.



RAKAN JIRAN MUDA
Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan. 



RAKAN CINTA ALAM 
Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.




RAKAN WIRAUSAHA 
Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global. 




RAKAN KECERGASAN 
(Termasuk Sukan Dan Rekreasi) 3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin. 





RAKAN SENI BUDAYA 
Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.


RAKAN INOVASI 
Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih, moden dan mapu berdaya saing di peringkat global.


RAKAN REMAJA SIBER 
Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai sat platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua kompleks Rakan Muda 




PROGRAM BARU Di samping itu 3 program baru diperkenalkan bagi memperluaskan lagi skop Program Rakan Muda. Program berkenaan ialah :- 

RAKAN MUDA SUKARELAWAN
Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bersama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi didalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Aktiviti yang dijalankan akan memberi pendedahan terhadap inisiatif diri dan sentiasa peka dan berkhidmat pada dan bila-bila masa mereka diperlukan dimana sahaja.



RAKAN WAWASAN DESA
Kepimpinan, Kesedaran dan Kerjasama antara masyarakat bandar dan desa adalah aspek bagi pembangunan peribadi remaja keseluruhannya. Program ini membantu remaja dalam dan luar bandar membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Spiritual, Mental dan fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin,dinamik dan penyayang serta akan menjadi contoh yang baik bagi generasi akan datang 


RAKAN JIRAN MUDA
Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan. 





ANUGERAH REMAJA PERDANA 
Pelajar akan dapat menyertai aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah menerusi Kelab sedia ada di peringkat sekolah serta diiktiraf penglibatan mereka melalui skim pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Piawaian skim ARPRM adalah diiktiraf oleh piawaian antarabangsa “ The International Award For Young People” yang beribu pejabat di United Kingdom untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...