24 Julai 2009

Program Generasi Bebas Jenayah

Sebahagian daripada pesereta dan ibu angkat
Fasilitator dari UUM dan Kolej Islam Insaniah
Peserta dari kalangan Belia-belia Kampung
Pasukan Gendang silat kampung
Program Generasi Bebas Jenayah (dahulunya dikenali sebagai Belia Benci Dadah) peringkat negeri Kedah merupakan satu program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan telah diadakan pada 18-21 jun 2009 di kampung Kelantan, kampung Kuala Dulang Besar, Yan Kedah. Program 4 hari 3 malam ini melibatkan 20 mahasiswa daripada ahli sekretariat rakan muda UUM dan 20 mahasiswa dari Kolej Islam Insaniah. Semasa program ini, mahasiswa UUM dan kolej Islam Insaniah telah ditempatkan di rumah keluarga angkat yang terdiri daripada penduduk kampung. Program yang dijalankan ini merupakan satu usaha peringkat kementerian untuk mendedahkan golongan-golongan belia kearah bebas daripada jenayah dan kesan jika terlibat dengan jenayah. Hal ini demikian kerana golongan belia merupakan satu peringkat umur yang mudah terdedah dengan gejala tersebut.

21 Julai 2009

PENGUBAHSUAIAN BILIK KELAB SRM UUM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca dan ahli SRMUUM.
Baru- baru ini telah dijalankan pengubahsuaian bilik kelab Sekretariat Rakan Muda UUM. Pelbagai pengubahsuaian dilakukan oleh jawatankuasa SRM untuk keselesaan bersama.
Sambil mengemas sempat lagi siapkan dokumen apa- apa yang patut.
Penggerak SRMUUM, Fathan dan Setiausaha Agung SRMUUM, Aisyah kusyuk mengemas.
Exco dan Ahli Majlis Tertinggi SRMUUM, Fathan, Aisyah, Ana, Anas dan Zalikha sibuk mengemas bahagian luar bilik SRMUUM.
Sempat lagi ber'meeting' untuk melaksanakan program : Presiden, Fakhrul komited dengan anak buahnya, Anuar, Anas, Bohari dan Hadi.
Setelah beberapa hari pengubahsuaian dan gotong royong dijalankan, inilah hasilnya. Wajah baru bilik kelab Sekretariat Rakan Muda UUM (dari bahagian dalam bilik sahaja.)
Ruang dalam bilik kelab yang lebih kemas dan teratur. Malah, lebih selesa dengan hiasan dan susunan yang lebih teratur.
Kini, kami lebih berbesar hati mengalu- alukan kedatangan tetamu ke bilik kelab SRMUUM.
SELAMAT DATANG KE BILIK KELAB SEKRETARIAT RAKAN MUDA UUM. *-*

RaKaN WaWaSaN DeSa : BaKti SiSwa Kg.ToK KeLing,KoTa SeTar

pada 30 jun hingga 3 julai lalu rakan wawasan desa telah mengadakan bakti siswa di tok keling,kota setar. seramai 40 peserta telah terlibat. pengarah projek ialah saudari Saidatul Akma yang merupakan timbalan exco rakan wawasan desa srm uum. pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya gotong royong membersihkan serta mengecat masjid kampung tersebut. malah aktiviti yang menarik adalah pertandingan memancing antara orang kampung dengan peserta. program ini mendapat sambutan serta layanan baik dari pihak kampung serta para peserta amat terharu dengan layanan yang telah diberikan.

SiLatUl MaWaDdah: Bakti siswa KoDiaNg

sempena cuti semester yang lalu ahli srm telah mengadakan program bakti siwa di Kodiang,kedah selama 4 hari 3 malam iaitu bermula pada 8-11 jun. seramai 40 peserta telah mengikuti program ini. pengarah prokeh saudara Mohd Yaser bin Ramlee pelajar semester 5 julung-julung kalinya menguruskan program sebegini. antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi bersama pelajar sekolah di mana aktiviti berbentuk motivasi,selain itu bersama penduduk kampung bergotong royong.
kebanyakkan peserta yang mengikuti program ini adalah terdiri dari pelajar yang belum pernah merasai program sebegini. pelbagai pengalaman yang mereka dapat rasai melalui program ini. malah ada di antara mereka mengakui bahawa program ini banyak membantu mereka dalam memahami serta mengenali budaya masyarakat lain. sememangnya program ini amat digalakkan bagi melahirkan bangsa yang hidup bermasyarakat serta berkerjasama.

GeNeraSi BeBas Jenayah MenGgaBuNgkan TeNaGa SuKareLawAn SeKreTarIat rakan Muda UUM & KoLeJ UniveRsiTi InsaNiah

pada 18 - 20 jun yang lalu telah diadakan Generasi bebas Jenayah di mana melibatkan sekretariat rakan muda uum serta juga pelajar kolej universiti insaniah. program ini julung-julung diadakan setahun sekali. program ini pada asalnya adalah Belia Benci Dadah namun se lepas penjenamaan baru rakan muda program ini telah diselaraskan kepada generasi bebas jenayah. tujuan program ini adalah untuk memastikan serta melatih golongan muda terutamanya golongan remaja di bawah lingkungan umur 13 - 17 tahun daripada bebas jenayah. ia memberi pendedahan kepada mereka apa itu sebenarnya dunia jenayah. disamping itu memupuk semangat cinta kan negara. pelbagai pengisian yang telah dimuatkan sepanjang program ini. tujuan untuk melatih golongan remaja ini supaja menjadi belia kebanggaan negara.

pasukan wanita dari TLDM PERAK juara futsal 24 hour non-stop 2009 semester 2 sesi 08/09

buat pertama kali sekretariat rakan muda mempelawa penyertaan futsal kepada pihak luar. cadangan ini di buat bagi untuk melihat seberapa banyak maklum balas yang diterima daripada penyertaan luar UUM. sememangnya maklum balas yang diterima amat di luar jangkaan. namun begitu pihak srm hanya dapat menerima penyertaan dari pasukan wanita sahaja. ternyata penyertaan kali ini memberi kejutan baru kerana juara pasukan wanita kali ini di rangkul oleh pihak pasukan TLDM perak. kehebatan yang dipersembahkan sememangnya hebat. futsal 24 hour non-stop kali ini sememangnya membawa kelainan dari sebelum-sebelumnya. hal ini menjadikan pasukan wanita dari daam UUM rasa lebih tercabar dan harus mempertingkatkan lagi stamina serta strategi permainan mereka. tujuan srm melibatkan penyertaan luar ini adalah untuk mewujudkan saingan yang berdaya maju dan lebih praktikal. diharapkan penyertaan yang akan datang akan lebih mencabar dan menarik supaya dapat melahirkan atlit atau pemain-pemain negara yang berkemahiran serta berdanamik.

BULETIN!!!

PROGRAM YANG BAKAL DIJALANKAN SEMESTER 1 SESI 09/10
  1. SAYEMBARA PUISI (RAKAN SENI BUDAYA)
  2. BENGKEL ASA PENGENDALIAN KOMPUTER (RAKAN SIBER)
  3. AKTIVITI KRAFTANGAN ( RAKAN INOVASI)
  4. KEMPEN DERMA DARAH (RAKAN SUKARELAWAN)
  5. PERTANDINGAN SILAT (RAKAN WAJA DIRI)
  6. AKTIVITI MENGAYUH BASIKAL (RAKAN MASYARAKAT)
  7. MENGENAL DUNIA PERNIAGAAN (RAKAN WIRA USAHA)
  8. PERTANDINGAN FUTSAL MERDEKA (RAKAN KECERGASAN)
  9. KEM TEAM BUILDING (MAJLIS TERTINGGI)

20 Julai 2009

Jemputan Program Eco-Adventure

Pengumuman.......
Pada 6-7/8/09 Rakan Cinta Alam srmuum akan mengadakan program Rakan Muda Eco-Adventure yang bertempat di kawasan Reakreasi Titi Hayun Yan, Kedah. Aktiviti yang akan dijalankan adalah ekspedisi mendaki ke Gunung Jerai Puteri Mandi waterfall yang merupakan antara waterfall tercantik di malaysia dan juga sesi diskusi mengenai kepentingan alam semulajadi dan pemuliharaannya. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini sila hubungi: 0125965755 (khairol). Bayaran rm75 termasuk pengangkutan, makanan, insuran, permit, guide, sijil dan lain-lain lagi. SIRA juga dapat.........cepat tempat adalah terhad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...